SELAMAT DATANG KE BLOG RIDAB,TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BELOG INI

INFO TERKINI RIDAB



RAWATAN ISLAM DARUL BARAKAH (RIDAB) MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:-
* MEMBUANG SAKA
* MASALAH SANTAU
* MASALAH SIHIR
*ANAK-ANAK DEGIL
* SELUSUH MUDAH BERSALIN DAN LAIN-LAIN LAGI.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
EN.ZUL - 0129526986



RIDAB Boleh Dihubungi:
H/P: 012-9526986
Email : darulbarakah2012@gmail.com
(SMS tidak dilayan)
(rawatan melalui temujanji sahaja)



 photo RAWATAN JAUH_zpsqd3ekysp.jpg

Isnin, 5 November 2012

Merawat Mandul Akibat Gangguan Jin


1. Mandul di Kalangan Lelaki:

Menurut pendapat Syeikh Wahid Abdus Salam Bali dalam as-Sharimul Battar Fi Tashaddi Lis Saharatil Asyraari, mandul di kalangan lelaki ada dua jenis iaitu mandul organik atau mandul hasil pengesahan doktor melalui rawatan perubatan moden. Kedua, mandul disebabkan gangguan jin dalam jasad manusia. Jenis ini dapat diatasi dengan al-Quran, doa dan zikir daripada Rasulullah s.a.w.

Mandul kerana gangguan jin ini memiliki beberapa gejala iaitu:

  1. Sesak di dada terutama selepas asar sehingga tengah malam.

  2. Fikiran melayang.

  3. Rasa sakit di bawah tulang punggung.

  4. Cemas semasa tidur.

  5. Mimpi yang menakutkan.

2. Mandul Di Kalangan Wanita:

Mandul di kalangan wanita ada dua jenis. pertama, mandul tabii iaitu Allah s.w.t. menciptakan wanita itu dalam keadaan mandul. Kedua, mandul disebabkan oleh gangguan jin yang tinggal di rahimnya sehingga merosakkan telur dan menghalang proses pembenihan. Ataupun membiarkan subur dan terjadi kehamilan, tetapi selepas beberapa bulan, jin akan mengoyak otot pada rahim wanita sehingga menyebabkan pendarahan dan keguguran. Keguguran yang sering terjadi adalah disebabkan oleh jin.

Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pesakit bagi menyembuhkan kemandulan akibat gangguan jin jin iaitu:

  1. Pesakit perlu mendengar ayat-ayat ruqyah 3 kali sehari.

  2. Membaca ataupun mendengar surah a-Saffat setiap pagi.

  3. Membaca ataupun mendengar surah al-Maarij sebelum tidur.

  4. Bacakan surah al-Fatihah, Ayat Kursi, ayat-ayat akhir surah al-Baqarah, ayat-ayat akhir surah ali-Imran dan muawwizat sebanyak 7 kali pada minyak habbatus sauda’. Kemudian dilumurkan pada dada, muka dan tulang punggung sebelum tidur.

  5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada madu lebah asli. kemudia diminum sekali sehari setiap hari sebelum tidur.

Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 bulan di samping taat melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ini supaya, pesakit termasuk dalam golongan orang mukmin yang disembuhkan oleh Allah s.w.t. dengan al-Quran. Allah s.w.t. menyatakan:

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang beriman dan al-Quran itu tidaklah menanbah kepada orang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Israk : 82

0 ulasan:

Catat Ulasan

JUMLAH PENGUNJUNG

Free counters!

Jumlah Paparan Halaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...