Definasi Saka:
Saka adalah jin yang telah berada di dalam tubuh yang sudah sekian lama hingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya terjadi dalam keadaan dia sedar atau pun tidak kerana ianya diwarisi daripada keturunanya yang terdahulu. Mungkin ianya daripada ibu, bapa, datuk, nenek atau mereka yang sebelumnya lagi.
Saka ini wujud disebabkan datuk-nenek (keturunan yang sebelumnya) mempelajari atau mengamalkan ilmu-ilmu tertentu yang membabitkan jin. Jin-jin ini diperturunkan kepada keturunan berikutnya samada secara langsung atau tidak dan boleh juga atas pilihan jin itu sendiri.
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, polong dan lain-lainnya memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Walaupun dikenali dengan pelbagai nama, hakikatnya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali sebagai jin dan syaitan.
Dalil:
Persahabatan manusia dan jin dalam bentuk ‘khadam’ telah dinyatakan di dalam al-Quran seperti firman Allah s.w.t.:
“Dan bahaawasanya ada di kalangan beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta pelindungan daripada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” – surah al-Jin ayat:6
Jin yang dijadikan kahdam itu akhirnya menjadi saka yang diperturunkan kepada keturunan dari kalangan anak-cucu (mereka yang ada pertalian darah). Ini disebabkan oleh perjanjian di antara pengamal ilmu tersebut dengan pihak jin. Adalah lebih malang lagi jin tersebut juga boleh berpindah kepada mereka yang ada hubungan rapat dengan keluarga pemilik saka walaupun bukan dari pertalian darah. Ini boleh terjadi kepada anak angkat atau menantu atau boleh juga berlaku ke atas teman atau sahabat.
Pertalian jin Dan Saka:
Terdapat pertalian yang di antara jin dan saka. Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan (pusaka) itulah yang dinamakan saka.
Dari Abu Tha’labah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: “Jin itu mempunyai 3 jenis: Satu yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu lagi jenis yang berpindah-randah.”
Jin yang berpindah-randah diklasifikasikan sebagai jenis yang menjadi saka disebabkan jin jenis ini boleh berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.
Ciri-ciri orang memiliki saka:
Secara umumnya orang memiliki saka mempunyai kebolehan mengubat orang sakit yang disebabkan jin tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
Kebanyakan mereka mempunyai mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang mempunyai tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-Jilani, Syeikh Bahaudin an-Naqsyabandi, Syeikh abu Hasan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cuma jin yang datang dari saka.
Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah.
Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak difahami.
Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.
Masa Saka Berpindah:
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek-moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia memcari perumah/pembela yang baru dari kalangan anak-cucu tuannya yang telah meninggal dunia tersebut.
Proses Perpindahan Saka:
Berikut adalah kronologi bagaimana saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:
Apabila pemilik jasa itu mati; jasadnya mati setelah roh keluar dari jasad. Namun jin yang mendampingi pemilik saka itu tidak mati kerana umur jin lebih panjang berbanding dengan umur manusia.
Apabila jasad pemilik saka telah dikembumikan, jin pendamping tersebut bebas dan berada di dalam keadaan seperti layang-layang terputus talinya. Lalu jin tersebut berkeliaran di atas muka bumi mencari rumah tumpangan yang baru.
Kemudian saka tersebut berpindah kepada anak-cucu pemilik saka tersebut sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut berpindah kepada anak-cucu yang mengamalkan jampi-jampi yang diajar oleh pemilik saka tersebut.
Saka itu juga boleh berpindah kepada anak-cucu yang menyimpan barang-barang peninggalan si mati. Ada juga kes yang berlaku di mana saka tersebut berpindah kepada penyimpan barangan tersebut walaupun penyimpan itu buka dari darah daging simati (pemilik saka).
Orang yang amat berpotensi mewarisi saka tersebut adalah mereka yang tinggal bersama semasa hayat pemilik saka atau orang menjadi harapan keluarga atau orang yang diharapkan sipemilik saka untuk mewarisi saka tersebut.
Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:
Anak-cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
Anak-cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar hukum agama.
Anak-cucu yang sering meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
Adakalanya anak-cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sanagat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
Anak-cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya kerana lebih memudahkan jin bertapak di dalam badan mangsanya.
Anak-cucu yang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek-moyang mereka. Apabila mereka mewarisi saka ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
Anak-cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang melanggar syariat Allah s.w.t.
Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:
1. Gejala pada waktu tidur:
Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah-payah.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa yang mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih.
Mimpi perkara yang menyeramkan dan menakutkan.
Mimpim melihat binatang seperti anjing, ular, kucing, unta , serigala, tikus dan sebagainya. Kalau mimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda sihir telah masuk ke dalam jasadnya.
Bunyi gigi berlaga semasa tidur.
Ketawa, menangis, menjerit-jerit ketika tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di tempatan kotoran atau di perkuburan.
Mimpi berada di tempat sunyi.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa menakutkan yang diistilahkan sebagai hantu.
Mimpi melihat budak kecil.Bermimpi menyusukan budak kecil dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
Mimpi melihat salib atau gereja.
Mimpi melihat paderi.
Merintih dan menangis ketika tidur
2. Gejala pada waktu jaga:
Selalu pening, pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Hilang ingatan dan kemungkinan menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab orang gila digelar ‘majnun’ . Maksud ‘majnun’ ialah di’jin’kan iaitu isim maf’ul.
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
Sentiasa rasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
Lenguh-lenguh di sendi-sendi utama.
Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkan sebagai kanser.
Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. seperti terpijak batu atau telur.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
Sentiasa mengantuk terutama di dalam majlis ilmu.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.
Kesan Dan Akibat Daripada Saka:
Orang yang memiliki saka sukar mendapat anak.
Sukar mendapat jodoh.
Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa orang aneh namu orang lain tidak dapat melihatnya.
Tidak berupaya hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didiagnosiskan. Mungkin juga menghidap penyakit kanser kerana kanser amat berkait rapat dengan gangguan jin.
Tidak suka bergaul dengan manusia dan tidak suka hidup bermasyarakat.
Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
Kadang-kadang tahu perkara mustahil diketahui oleh orang lain. Namun hakikatnya ianya adalah bisikan jin dan iblis.
Anak kepada anak-cucu pemilik saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
Anak-cucu yang mempunyai saka suka melawan orang tua (ibubapa dan termasuk juga tidak menghormati orang-orang tua).
Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.
Kaedah Rawatan:
Mestilah dirawat dengan rawatan islam supaya terhindar dari gejala syirik. Ada 2 pendekatan dalam merawat gangguan saka yang kami jalankan:
Rawatan seluruh ahli keluarga yang mempunyai saka
Rawatan secara individu iaitu rawatan ke atas pesakit yang telah diganggu saka
1. Rawatan seluruh ahli keluarga yang mempunyai saka:
Ini adalah langkah terbaik untuk menghapuskan saka daripada keluarga terbabit.
Rawatan ini meliputi seluruh ahli keluarga samada yang telah diganggu dan yang belum diganggu (rawatan dan pencegahan berjalan serentak).
Kaedah ini memerlukan kerjasama dari seluruh keluarga terbabit dan perlu ada kesepakatan di kalangan keluarga. Pernah kami kumpul hampir 100 orang dalam satu masa pada tempat yang sama seluruh keluarga untuk proses rawatan saka.
Insya Allah kaedah ini lebih berkesan untuk menghapuskan saka keluarga berkaitan.
2. Rawatan secara individu iaitu rawatan ke atas pesakit yang telah diganggu saka:
Rawatan ini khusus kepada pesakit yang telah diganggu saka.
Proses lebih sukar dan memerlukan masa yang panjang dan tekadang perlu diulang beberapa kali.
Langkah ini disarankan bagi mereka yang bermasalah untuk mengumpul ahli keluarga bagi tujuan rawatan buang saka.
Disamping rawatan amalan khusus sebagai pendinding diri amat ditekankan.
0 ulasan:
Catat Ulasan