SELAMAT DATANG KE BLOG RIDAB,TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BELOG INI

INFO TERKINI RIDAB



RAWATAN ISLAM DARUL BARAKAH (RIDAB) MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:-
* MEMBUANG SAKA
* MASALAH SANTAU
* MASALAH SIHIR
*ANAK-ANAK DEGIL
* SELUSUH MUDAH BERSALIN DAN LAIN-LAIN LAGI.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
EN.ZUL - 0129526986



RIDAB Boleh Dihubungi:
H/P: 012-9526986
Email : darulbarakah2012@gmail.com
(SMS tidak dilayan)
(rawatan melalui temujanji sahaja)



 photo RAWATAN JAUH_zpsqd3ekysp.jpg

.::Khidmat Rawatan::.

Khidmat Rawatan

Keutamaan rawatan di RIDAB kebanyakkannya berkaitan dengan masalah mistik.
Senarai masalah tersebut adalah :- 
1. Masalah Sihir
2. Gangguan Saka
3. Memagar rumah & premis perniagaan
4. Masalah jodoh (pengasih & pembenci)
5. Rawatan pada mangsa pukau.
6. Rawatan Santau dan Busung 

Namun begitu, dengan keberkatan Al-Quran dan doa terpilih, RIDAB juga berikhtiar dan bertawakkal dalam merawat penyakit klinikal yang terpilih..Insyaallah


Harga Perkhidmatan


| Rawatan Islam di RIDAB |

1. Upah rawatan bagi Rawatan Islam di RIDAB adalah RM50 bagi satu sesi.
2. Sesi rawatan terhad untuk 1 jam sahaja.
3. Jika melebihi masa 1 sesi rawatan, upah ditambah untuk masa sesi berikutnya.

contoh:

a. Rawatan 1 jam 20 minit = (1 jam = RM50) + (20 minit = RM50) = 2 jam (RM100)
b. Rawatan 1 jam 40 minit = (1 jam = RM50) + (40 minit = RM50) = 2 jam (RM100)
c. Rawatan 2 jam 30 minit = (2 jam = RM100) + (30 minit = RM50) = 3 jam (RM150)

| Rawatan Islam ke tempat Pesakit |

1. Upah rawatan bagi Rawatan Islam di luar RIDAB punyai kadar yang berbeza     mengikut tempat dan negeri.

2. Kadar upah ialah bagi seorang pesakit sahaja.

3. Jika melebihi seorang, kadar upah berikutnya adalah RM50 per sesi(setiap seorang)     sepertimana  kadar rawatan di RIDAB.

4. Kadar upah adalah termasuk Makan Minum, Kenderaan, Petrol, Upah pembantu,     masa rawatan, penginapan dan risiko serangan gangguan.

5. Kadar upah di Sabah, Sarawak dan Brunei tidak termasuk Pengangkutan dan     Penginapan.

6. Pesakit harus bayar 60% deposit sebelum RIDAB ke tempat pesakit jika luar dari     daerah Kuala Terengganu.

7. Upah Rawatan TIDAK TERMASUK produk RIDAB.   

| Rawatan Islam ke tempat Pesakit- Jika RIDAB sudah berada dalam negeri kediaman pesakit |

1. Kuala Lumpur/Selangor: RM800 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya
2. Johor Bharu shj: RM800 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya
3. Muar/Segamat/Tangkak: RM800 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya
4. Kuantan/Pekan: RM600 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya
5. Balok/Gebeng: RM500 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya
6. Kemaman(rumah pesakit)- Kijal: RM300 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya.
7. Kemasik: RM300 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya.
8. Kerteh: RM350 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya.
9. Paka: RM300 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya.
10. Dungun: RM350 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya
11. K.Terengganu: RM150 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya.
12. Jerteh: RM300 seorang.. Tambahan RM50 pesakit berikutnya.

*HARGA UPAH di atas sudah termasuk kos petrol, penginapan, makan minum, rawatan sehari,pembantu dan masa RIDAB kecuali bagi Sarawak, Brunei dan Sabah. 


Hukum Upah Rawatan

|Perawat Islam vs Doktor vs Bomoh|

Ramai pesakit yang mengeluh bila berubat dengan Perawat Islam. Majoriti mengatakan KENA IKHLAS...Tak perlu bayar LEBIH...Mari lihat perbandingan antara Perawat Islam, Doktor dan Bomoh..jom.. 
 
1. Nak bayar pada Perawat Islam kena Ikhlas, bayar tak kisah...Sikit pun tak apa..     TAPI BERUBAT dekat 1 JAM untuk 1 SESI! Ada yang lebih dari 1 JAM...!     Takper la...Perawat Islam kena berkorban...Pesakit TAK PERLU...adussss 

2. Bayar pada doktor Klinik baru RM30 ringgit.. Siap dapat ubat lagi..     Tapi sesi berubat hanya tanya... " Sakit apa?" dan bla...bla...     Masa berubat(masa interview sebenarnya) biasanya 10 minit.     Adalah sekali sekala lebih. 

 3. Nak berubat dengan Bomoh kena bayar Pengeras.. Beratus beribu pun tak apa..     Dah banyak rekod berubat dengan bomoh boleh baik.. Orang lain bayar...so kena     bayar gak la.... Halal Haram lain cerita.. Asal baik sudah... Duit boleh cari...... 

 Soalan cepu mas

Antara Perawat Islam, Doktor atau Bomoh..siapa yang bukan MANUSIA? Tentu semua MANUSIA kan......?   Kalau dah nama MANUSIA, mestilah MAKAN, MINUM, ada TEMPAT TINGGAL, guna TENAGA masa merawat dan KENA LUANGKAN MASA kan? Jadi, dalam perbandingan di atas siapa yang lebih teraniaya..Jom kita perhalusi lagi.. 

Perawat Islam:

*Berubat dalam 1 jam.
*Guna fizikal, suara, nafas dan fikiran masa merawat.Letih oiiiii...
*Guna kaedah Islamik (ada pahala dan berkat).
*Risiko-

serangan jin, ahli sihir.
Serangan pada keluarga dan penyakit akibat merawat.
Ilmu yang dituntut makan masa dan wang sebelum matang.

Doktor:

Guna ilmu yang ada untuk merawat hasil belajar kat Universiti.
Banyak juga wang. Tapi doktor klinik caj biasanya RM30 dalam 10 minit. Kalau 1 jam kan dan RM180...! Mana lagi mahal? Doktor Swasta Hospital lagi la... Memang demand habis...

Tak perlu IKHLAS ke kalau stakat check dan tulis? 

Bomoh:

Berubat lebih kurang masa dengan Perawat Islam. Tapi was-was pengamalannya. Yang kes Bomoh Islamik lain cerita la... Tapi kenapa kena ada caj juga?
Tak perlu ikhlas ke?

Fikir - fikirkan hujah di atas.. Sebab tu ramai Perawat Islam yang resign dari merawat. Upah kadang-kadang RM5-RM10.. Ada tak bagi langsung pun ada.. Dah tu, nak bayar minyak pun cukup-cukup gi rumah pesakit. Anak bini nak makan jugak. Rumah nak di bayar. Susu budak pun dan RM33..Tu susu murah.........! Dah tu, beras pun dah RM20++.. Lauk lagi...nak suruh makan nasi ngan garam ker? Sekolah anak pun kena dibayar.. Belanja anak-anak sekarang bukan macam dulu.... Ada tak orang fikir pasal IKHLAS bila sebut pasal keperluan di atas....? Tak ada kan...? Nasib la kalau jadi perawat full time..

Kalau perawat part time pula..orang akan kata.." takper la...dia dah ada kerja... tak perlu bayar lebih...". Bukan masalah kerja merawat part time atau tidak.. Kalau badan penat merawat di malamnya, esok pagi nak kerja..Tak mustahil tekanan kerja meningkat. Bos memang selalu pandang..Produktiviti diri tak cergas boleh rosak imejcompany... Silap-silap boleh buang kerja...Masa tu ada tak orang tanya pasal IKHLAS..? Tak ada kan...?
 
 So...siapa kata tak boleh kenakan upah masa merawat.. Kat atas ni hujah peribadi, kita tengok kat bawah pulak...Kita baca hujah Hadis dan pendapat Ulamak pulak... jom.. 
    
|Hadis 1|

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku.
(Hadis Riwayat Imam Muslim) 

|Hadis 2|

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan  kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit (Hadis riwayat Imam Bukhari)

|Riwayat|


Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:"Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.
  |Kesimpulan Hadis & Riwayat|
1. Hukum upah rawatan adalah HARUS
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.

|Perihal Upah Rawatan|
 Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500).   Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).

Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut.   Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).   

|Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran| 

1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:
Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA

2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:
Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS 

3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah:
Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS MENGAMBIL UPAH RAWATAN, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM MENGAMBIL UPAH BAGI MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUKYAH.

|Tujuan Upah Masa Kini|


1.Upah dikenakan kerana penggunaan MASA, TENAGA dan KEPERLUAN AM untuk merawat  seperti KENDERAAN, SEWA BANGUNAN, BAYARAN PEMBANTU dll.

2.Risiko perawat diserang balas oleh BOMOH, JIN dan penyakit tekanan melampau akibat merawat seperti Demam, Strok dan sebagainya amat TINGGI. Siapa pula yang HARUS membayar kos merawat untuk perawat jika perawat pula yang SAKIT?

3.Adapun merawat penyakit gangguan kebiasaannya mengganggu masa tidur perawat. Bila tak cukup tidur, tentu akan menjejaskan kesihatan. Sewaktu sakit, perawat tidak berupaya merawat dan hilang sumber pendapatan. Siapa pula yang akan menanggung kos sara diri dan keluarga perawat?

 |Pesanan Pada Pesakit|


Jangan kerana IKHLAS, PESAKIT melabelkan perawat berubat kerana DUIT, BUKAN KERANA ALLAH. Perlu diingat, amalan untuk mengubati penyakit HARUS IKHLAS pada syariat dan pengamalan.Jadi, atas diri perawat sendiri sudah ditanam TAQARRUB PADA ALLAH. Kenapa tidak dipersoalkan pada PERKHIDMATAN DOKTOR? Jika diberi ubat, betul lah dengan kos pengeluaran. Tapi bagaimana pula dengan PERKHIDMATAN? Atas nilai apa? Ya...kerana ilmu untuk menjadi doktor diguna..Jadi itulah caj harga yang perlu dibayar... Untuk jadi perawat Islam, perlukan seseorang itu menuntut dan berilmu? Sama juga kan?Jika diterbalikkan persoalan IKHLAS pada pesakit pula, BOLEHKAH IKHLAS DENGAN MEMBAYAR LEBIH PADA HARGA UPAH YANG DITETAPKAN OLEH PERAWAT? Boleh?  :D

.: MAKLUMAN UNTUK PERAWAT DAN PESAKIT :.
[ ... ]

JUMLAH PENGUNJUNG

Free counters!

Jumlah Paparan Halaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...