SELAMAT DATANG KE BLOG RIDAB,TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BELOG INI

INFO TERKINI RIDAB



RAWATAN ISLAM DARUL BARAKAH (RIDAB) MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:-
* MEMBUANG SAKA
* MASALAH SANTAU
* MASALAH SIHIR
*ANAK-ANAK DEGIL
* SELUSUH MUDAH BERSALIN DAN LAIN-LAIN LAGI.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
EN.ZUL - 0129526986



RIDAB Boleh Dihubungi:
H/P: 012-9526986
Email : darulbarakah2012@gmail.com
(SMS tidak dilayan)
(rawatan melalui temujanji sahaja)



 photo RAWATAN JAUH_zpsqd3ekysp.jpg

Sabtu, 14 Disember 2013

TANDA-TANDA MEWARISI SAKA

Assalamualaikum W.M.T dan salam hormat pada sekalian pembaca,

Di sini saya nak berikan secara ringkas petua untuk mengetahui tanda-tanda orang yang mewarisi saka atau gimbaran. Saka atau gimbaran ini adalah berupa  jin yang diwarisi samada secara rela atau terpaksa dan secara sedar mahupun tidak.

 1. Diri terlalu emosional; samada baran, mudah baran kemarahan melampau, matanya mengeluarkan sinar yang luarbiasa; atau mudah sedih, pilu, dan sebak tanpa sebab sehingga kadang-kadang sampai mengalirkan air mata. Biasanya apabila ditanya mengapa bersedih atau rasa sebak, dia akan cakap tak tahu.


2. Kadang-kadang apabila mendengar ayat-ayat quran rasa seram, takut dan emosi terganggu. Lari dari mendengar atau nak tutup player yang memperdengar ayat Al Quran.


3. Apabila mengambil wuduk timbul was-was, apabila dah selesai berwuduk mulalah terasa nak terkentut dan sekejap-kejap terkentut, tengah solat terkentut.hehehe banyak hal juga saka ni..


4. Bila mula masuk waktu solat, datang perasaan mengantuk yang tidak dapat ditahan-tahan atau malas yang luarbiasa, terutamanya waktu solat maghrib dan subuh.


5. Gemar kepada pemakanan kepada daging; ayam, lembu dll, kurang kepada sayur.


6. Rasa gentaran atau vibration  merayap pada anggota badan tertentu..walaupun umur kita muda kadang-kadang tangan kita menggeletar.


7. Banyak gangguan  atau kesakitan kepada bahagian kepala,  dada dan belakang.


8. Tidak dapat fokus membuat sesuatu perkara; pelajaran atau kerjaya.


9. Mimpi-mimpi melihat bayi, bermain dengan bayi, mendukung bayi dan seterusnya menyusu.


10. Rumahtangga sentiasa 'panas' dan berantakan.


11. Orang yang ada saka biasanya sensitif dalam keadaan yang tertentu seperti tempat yang 'keras' dan orang lain yang jugak mempunyai saka, sama ada orang tersebut sedar atau tidak. Contohnya dapat merasai dan melihat kelibat sepintas lalu, bulu roma meremang dan sebagainya.


12. Mudah bersangka buruk terhadap orang lain, mudah bermusuhan dan rasa benci dengan orang keliling tanpa sebab.


13. Sayang terhadap orang yang disayangi bila berjauhan, tapi bila berdekatan, akan timbul pula rasa benci.


Ini merupakan sebahagian sahaja, sebenarnya banyak lagi. Almaklumlah puak-puak saka atau gimbaran ini banyak kerenahnya dan suka buat hal.

0 ulasan:

Catat Ulasan

JUMLAH PENGUNJUNG

Free counters!

Jumlah Paparan Halaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...