INFO TERKINI RIDAB
Jumaat, 16 November 2012
Jenis Sihir :Sihir pengasih atau sihir kasih sayang
Sihir pengasih atau sihir kasih sayang
Sabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331.
Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:
“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.”
Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak. Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.
Kesan sihir
1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.
2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.
3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.
4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan permintaan pasangannya.
5. Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
bismillah,
Catat Ulasan