Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai SAKA.
Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran.
Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.
Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya.
Kebiasaannya SAKA yang macam ni bukan individu itu sendiri yang inginkan tapi ianya akan hadir sendiri tanpa disedari oleh individu tersebut. SAKA akan diwarisi secara turun temurun secara paksa, sukarela atau datang dalam senyap. SAKA berasal dari nenek moyang salasilah keluarga yang dulu-dulu. Hasrat mereka membela saka ni untuk menjaga anak cucu supaya tidak mudah untuk di apa-apakan
marilah kita sama-sama amalkan membaca urah As Saffat ayat 7 untuk hindarkan diri dari SAKA/JIN/ SIHIR. Ayatnya pendek dan mudah untuk di hafal...
0 ulasan:
Catat Ulasan