SELAMAT DATANG KE BLOG RIDAB,TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BELOG INI

INFO TERKINI RIDAB



RAWATAN ISLAM DARUL BARAKAH (RIDAB) MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:-
* MEMBUANG SAKA
* MASALAH SANTAU
* MASALAH SIHIR
*ANAK-ANAK DEGIL
* SELUSUH MUDAH BERSALIN DAN LAIN-LAIN LAGI.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
EN.ZUL - 0129526986



RIDAB Boleh Dihubungi:
H/P: 012-9526986
Email : darulbarakah2012@gmail.com
(SMS tidak dilayan)
(rawatan melalui temujanji sahaja)



 photo RAWATAN JAUH_zpsqd3ekysp.jpg

Ahad, 6 Januari 2013

ADAKAH WUJUD SAKA YANG BAIK?

Sebenarnya tidak ada saka yang baik. Jin-jin saka biasanya mengaku saka yang baik bagi tujuan rawatan, perbidanan, urut-mengurut, membantu dalam kerja perladangan dan menjaga kebun. Ini semua adalah penipuan jin-jin jahat yang berpura-pura membantu manusia



tetapi pada akhirnya menuntut balasan kepada pemilik asalnya dengan menyebabkan sakit, nyanyuk ataupun dikuasai oleh jin ketika umur tuanya.
Jin-jin saka yang baik, mereka mengaku kononya bergama Islam dan atas dasar itu, mereka berlaku baik kononnya demi menolong manusia ataupun mengajar manusia. Hakikat yang sebenarnya, jin-jin saka adalah jin-jin kafir tetapi mengaku Islam dan menipu orang Islam. Penipuan mereka demi menyesatkan serta menimbulkan elemen syirik dalam amalan seperti memohon bantuan daripada jin-jin.
Petunjuk Al-Quran sememangnya melarang manusia meminta pertolongan daripada jin-jin bagi melaksanakan tugas-tugas harian ataupun perawatan. Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:”`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” – Surah al-Jin : 6
Jin-jin kafir yang mengaku Islam ini selalunya berselindung di sebalik gelaran ‘khadam’, ‘khadam ayat’, ‘rijalul ghaib’, ‘wali-wali Allah’, ‘syeikh-syeikh’ dan ‘malaikat penjaga’. Semua itu mampu merosakkan akidah seseorang kerana penipuan halus ini dapat memperdaya manusia termasuk orang alim dalam agama. Bukankah Allah s.w.t. memerintahkan supaya orang-orang beriman meminta dan berdoa terus kepadaNya tanpa apa-apa perantara? Sekiranya individu itu bersetuju dengan konsep perantara bagi merapatkan hubungan dengan Allah s.w.t., apakah pula bezanya orang itu dengan penyembah berhala yang meyakini berhala itu bukan tuhan dan hanya sebagai medium mendekatkan diri dengan Tuhan?
Jin-jin yang menyamar sebagai penganut agama Islam dan jin-jin saka yang kononnya baik ini memastikan hidup pemilik-pemiliknya susah ketika tua. Tujuan terakhir mereka sama seperti tujuan asal permusuhan iblis dan manusia, iaitu menghalang manusia daripada beriman kepada Allah s.w.t. dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, apabila pemiliknya berada dalam keadaan nazak, jin-jin ini akan menyusahkan dan menghalang habis-habisan pemilik-pemilik asal mereka mengucap dua kalimah syahadah.
Sebenarnya, jin-jin Islam tidak bercampur dengan orang Islam. Sekiranya ada perhubungan sekalipun, ia adalah bersifat  minimum dan bukan disengajakan. Jin-jin Islam haram memasuki rumah orang Islam apatah lagi masuk ke tubuh badan mereka. Sekiranya ada jin yang mengaku Islam masuk ke dalam tubuh, rumah, membuat kekacauan ataupun mendatangkan penyakit ke atas manusia, sebenarnya mereka adalah golongan jin kafir yang mengaku beragama Islam.
Kesimpulannya, tidak ada saka yang baik kerana mereka semua hakikatnya jin kafir yang menunggu masa menyesatkan manusia sepenuhnya, iaitu ketika tibanya ajal atau dalam keadaan sakaratulmaut.



0 ulasan:

Catat Ulasan

JUMLAH PENGUNJUNG

Free counters!

Jumlah Paparan Halaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...