SELAMAT DATANG KE BLOG RIDAB,TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BELOG INI

INFO TERKINI RIDAB



RAWATAN ISLAM DARUL BARAKAH (RIDAB) MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:-
* MEMBUANG SAKA
* MASALAH SANTAU
* MASALAH SIHIR
*ANAK-ANAK DEGIL
* SELUSUH MUDAH BERSALIN DAN LAIN-LAIN LAGI.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
EN.ZUL - 0129526986



RIDAB Boleh Dihubungi:
H/P: 012-9526986
Email : darulbarakah2012@gmail.com
(SMS tidak dilayan)
(rawatan melalui temujanji sahaja)



 photo RAWATAN JAUH_zpsqd3ekysp.jpg

Sabtu, 4 Mac 2017

Rawatan Jarak Jauh



Assalamualaikum 2all

Adalah dimaklumkan bahawa RIDAB kini telah membuka rawatan jarak jauh bagi yang memerlukan rawatan tanpa menghadirkan diri. Dan untuk makluman semua juga.. Buat Masa ni RIDAB Hanya merawat Secara jarak jauh sahaja.

Sebarang pertanyaan mengenai urusan rawatan boleh hubungi ditalian berikut:

0129526986.

Kita Hanya ikhtiar dengan ilmu yang Allah turunkan..yakin Dan percaya bahawa kesembuhan milik Allah yang mutlak.

Sekian...
[ ... ]

Khamis, 6 Ogos 2015

Suami Jadi Lupa Pada Anak Isteri Akibat Di Sihir Teman Wanita



                 Bismillah...Alhamdulillah.. lap lap blog ni sikit...berdebu..habuk..lamanya tak pedulikan blog ni. la ni sibuk dengan kerja.. sibuk dengan itu dan ini. Sepanjang menyepikan diri dari blog ni... ramai yang call..yang sms pasal nak dapatkan rawatan.Maaf pada yang sy menolak untuk merawat atas sebab2 tertentu. inn shaa allah kali ni nak kongsi kisah yang sy merawat dalam bulan ramadhan baru ni. 

                 Datang satu keluarga meminta supaya sy buat sesuatu pada anak lelakinya  yang kerja di KL sebagai anggota keselamatan di bukit aman. ikuti kisah dibawah:-

sy       :" guana  cerita ni kak long.."

k.long : Dok tahu la nok royak dok reti.. dua minggu lepas molek2 ada balik kampung sambut kelahiran                   anok sulung.. cara sangat ke anok.. ke bini dia..lepas abis cuti bersalin 7 hari.. dia gi Kl pah tu                       senyap dok tanya kabor anok bini.. kita tepon dop jawab. adik2 dia whatsapp tanya guana hal                     senyap dok balas.2 3 hari lepas tu yer whatsapp ke adik dia  kata takboh balik doh kampung..raya               ni pun takboh balik. mok bapok mana dop sedih. meteloh lg bini dia tu dlam pantang.

sy       : Ke ada org puang lain KL nung?

k.long : Hooo...hok tu la nok royaknya.. nye gila ke hok puang dinung sapa dok ingat ke anok bini. takdok               nok  tepon ke bini tanya sihat ke dok.. anok sihat ke dok..pitih nok beli susu pempes ada ke dop..               sy nok raya ni anok saya balik ( sambil menangis) 

di pendekkan cerita 

sy        : hurmm... kita cuba ikhtior kot mana bulih ikhtior. (Bersambung...)
[ ... ]

Khamis, 9 Januari 2014

Kelebihan Air Kelapa di Dalam Perubatan Islam dan Terbukti Secara Saintifik

Air Kelapa yang Berkhasiat


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH saya mulakan post, Kelebihan air kelapa muda sudah lama di ketahui oleh nenek moyang kita.kebiasaan digunakan dalam beberapa acara.. contoh kita majlis cukur jambul dan lain2 lagi.
Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.

Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan yang warid dari Rasululullah saw.

Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali al Fatihah kepada campuran tersebut.

Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. Antaranya:

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan jugaAIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

semoga bermafaat untuk kita semua.. In Shaa Allah.. 
[ ... ]

Selasa, 7 Januari 2014

Amalan Merawat Lemah Semangat

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH saya mulakan post. Alamdulillah setelan kita berada 7 hari di tahun 2014, hari ini saya dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu untuk diamalkan bagi yang memerlukan.Untuk kali ini, simple dan mudah, Saya akan kongsi sebuah amalan untuk merawat diri yang lemah semangat :-

1) Baca surah Al Fatihah sekali
2) Baca Solawat Syifa sekali
3) Baca surah Al Hasyr ayat 21-24 sebanyak 7 kali
In shaa Allah segalanya akan berubah.
[ ... ]

Sabtu, 21 Disember 2013

Cara Mengelak Untuk Disihir Atau Disantau Melalui Makanan Dan Minuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya di zaman moden seperti sekarang ni, amalan sihir masih lagi berlaku terutama di kalangan masyarakat melayu. Antara punca berlakunya sihir adalah disebabkan perasaan dendam seseorang terhadap orang lain, iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang ,ada perasaan benci terhadap seseorang dan sebagainya. 

Antara contoh-contoh sihir yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna. Selain itu, sihir juga boleh dihantar melalui makanan dan minuman.

Sebagai langkah berjaga-jaga kita semua boleh amalkan ayat dibawah ini untuk dibaca sebelum makan atau minum.

Baca ayat dibawah sebanyak 7 kali:-



Sekiranya terdapat bacaan santau yang dihantar melalui makanan tersebut, maka .. bekas makanan tersebut boleh pecah dengan sendirinya..

Jadi kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspadalah selalu sebelum makan makanan tertentu terutamanya makanan yang dihantar orang ke rumah kita..InsyaAllah, semoga kita semua dijauhi dari terkena sihir.
[ ... ]

Sabtu, 14 Disember 2013

TANDA-TANDA MEWARISI SAKA

Assalamualaikum W.M.T dan salam hormat pada sekalian pembaca,

Di sini saya nak berikan secara ringkas petua untuk mengetahui tanda-tanda orang yang mewarisi saka atau gimbaran. Saka atau gimbaran ini adalah berupa  jin yang diwarisi samada secara rela atau terpaksa dan secara sedar mahupun tidak.

 1. Diri terlalu emosional; samada baran, mudah baran kemarahan melampau, matanya mengeluarkan sinar yang luarbiasa; atau mudah sedih, pilu, dan sebak tanpa sebab sehingga kadang-kadang sampai mengalirkan air mata. Biasanya apabila ditanya mengapa bersedih atau rasa sebak, dia akan cakap tak tahu.


2. Kadang-kadang apabila mendengar ayat-ayat quran rasa seram, takut dan emosi terganggu. Lari dari mendengar atau nak tutup player yang memperdengar ayat Al Quran.


3. Apabila mengambil wuduk timbul was-was, apabila dah selesai berwuduk mulalah terasa nak terkentut dan sekejap-kejap terkentut, tengah solat terkentut.hehehe banyak hal juga saka ni..


4. Bila mula masuk waktu solat, datang perasaan mengantuk yang tidak dapat ditahan-tahan atau malas yang luarbiasa, terutamanya waktu solat maghrib dan subuh.


5. Gemar kepada pemakanan kepada daging; ayam, lembu dll, kurang kepada sayur.


6. Rasa gentaran atau vibration  merayap pada anggota badan tertentu..walaupun umur kita muda kadang-kadang tangan kita menggeletar.


7. Banyak gangguan  atau kesakitan kepada bahagian kepala,  dada dan belakang.


8. Tidak dapat fokus membuat sesuatu perkara; pelajaran atau kerjaya.


9. Mimpi-mimpi melihat bayi, bermain dengan bayi, mendukung bayi dan seterusnya menyusu.


10. Rumahtangga sentiasa 'panas' dan berantakan.


11. Orang yang ada saka biasanya sensitif dalam keadaan yang tertentu seperti tempat yang 'keras' dan orang lain yang jugak mempunyai saka, sama ada orang tersebut sedar atau tidak. Contohnya dapat merasai dan melihat kelibat sepintas lalu, bulu roma meremang dan sebagainya.


12. Mudah bersangka buruk terhadap orang lain, mudah bermusuhan dan rasa benci dengan orang keliling tanpa sebab.


13. Sayang terhadap orang yang disayangi bila berjauhan, tapi bila berdekatan, akan timbul pula rasa benci.


Ini merupakan sebahagian sahaja, sebenarnya banyak lagi. Almaklumlah puak-puak saka atau gimbaran ini banyak kerenahnya dan suka buat hal.
[ ... ]

Sabtu, 16 November 2013

MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG DENGAN IZIN ALLAH

Assalamualaikum W.M.T dan salam hormat pada sekalian pembaca,

Salam maaf yang tidak terhingga kerana pengabaian blog ini dalam kadar masa yang agak lama. Sibuk dek kerana urusan yang lebih penting sehingga membuatkan paparan ramai ini terbiar. Salam maaf sekali lagi.

Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T,
Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti.

Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal. 

Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,


Amalan tersebut adalah yang berikut:

1. Al-Fatihah 7x.


2. Al Fath 1-3 7x



1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,
2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


3. Al Khafi Ayat 19 7x


19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.


4. Surah Al-Ikhlas 7x.

5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid dibawah 119x.



8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut. 

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari. Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA.

WALLAHUA’LAM BISSAWAB.
[ ... ]

Khamis, 20 Jun 2013

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala



1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.


[ ... ]

Rabu, 8 Mei 2013

Penggunaan Air Dalam Rawatan - Air Kolah Masjid

Bismillahirrahmanirrahim...



Setelah sekian lama sejak turun-temurun air kolah masjid telah digunakan untuk tujuan rawatan. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, penggunan air kolah masjid mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak, kononnya penggunaan air kolah tidak 'hygenic' atau kotor. Malah diperbesar-besarkan penggunaan air kolah boleh menyebabkan cirit birit, penyakit berjangkit ataupun penyakit kulit

Antara hujah-hujah penggunaan air kolah masjid ialah seperti berikut

Pertama, Penulis dalam tulisan sebelum sudah membicarakan berkenaan air didalam hukum fiqah. Air Kolah boleh dikategorikan ke dalam air mutlaq iaitu air suci lagi menyucikan. Maka, sekiranya ianya boleh dibawa bersuci, maka tidak salah untuk menggunakan tujuan berubat.

Kedua, mari bayangkan apabila seseorang ingin mengambil wudhu, maka kebiasaanya orang tersebut akan membaca Basmallah, maka kita bayangkan air kolah itu , dalam seminggu maka berapa kali kalimah basmallah dibacakan ke atasnya. Dan kadang-kala kita tidak dapat menjangka siapa yang membaca Basmallah, boleh jadi mereka yang dikasihi Allah. Maka bertambah-tambah barakah air kolah tersebut

Ketiga, air kolah masjid juga terdedah kepada bacaan-bacaan azan, bacaan-bacaan Al-Qur'an, zikir-zikir dan kata-kata yang baik, maka air tersebut menjadi air yang baik, yang telah didoakan.
Maka air seperti ini mempunyai hikmahnya untuk tujuan rawatan.


Penggunaan air kolah masjid

Maka air kolah masjid boleh digunakan untuk merawat gangguan seperti gangguan, jin dan sihir.

Sebaik-baik nya air kolah tersebut dikumpulkan daripada 7 masjid berlainan ke dalam satu bekas lalu diruqyah.
[ ... ]

Ahad, 31 Mac 2013

Permasalahan Wanita


SENGGUGUT

Senggugut atau sakit ketika datang haid adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baharu meningkat remaja.

Ada pandangan yang mengaitkan masalah senggugut ini dengan cakaran jin. Sebelum saya memberi ulasan, mari kita lihat beberapa hadis yang ada kaitan dengan permasalahan rahim perempuan.

Hadis Hamnah binti Jahsyin :

وَعَنْ حَمْنَةَ بِنْتِ جَحْشٍ قَالَتْ : كُنْتُ أَسْتَحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً، فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْتَفْتِيْهِ، فَقَالَ : "إنَّمَا هِيَ رَكْضَةٌ مِنَ الشَّيْطَانِ ... (رَوَاهُ الخَمْسَةُ إلا النَّسَائِيَّ، وَصَحَّحَهُ التِّرْمذِيُّ، وَحَسَّنَهُ البُخَارِيُّ).

Hadis ini panjang. Maksudnya, “Aku pernah keluar darah (istihadhah) yang sangat banyak, lalu aku menemui nabi saw agar memberi pandangan (hukum) tentangnya, maka baginda saw pun bersabda : “Yang demikian itu adalah gangguan dari syaitan…”.

Rakdhah (ركضةitu diterjemahkan sebagai gangguan. Berkemungkinan ada juga yang menterjemahkan sebagai ‘cakaran’. Ini berdasarkan ayat al-Quran mengenai nabi Allah Ayub as. (اركض برجلك هذا مغتسل بارد وشراب) yang bermaksud, gerakkan kaki kamu, maka terpancarlah mata air yang sejuk untuk kamu mandi dan minum darinya.  

Bagi mereka, gerakan kaki itu bermaksud cakaran.

Hadis Hamnah ra di atas menjelaskan bahawa darah istihadhah itu ada hubungan kaitnya dengan gangguan syaitan.

Dalam kitab Muwatta’ Imam Malik, dari Abdullah bin Sufian menceritakan bahawa Abdullah bin Umar ra telah didatangi oleh seorang wanita meminta pandangan (hukum) mengenai darah yang keluar darinya setiap kali beliau ingin mengerjakan tawaf. Apabila beliau pulang, darah itu berhenti, dan apabila beliau datang kembali untuk melakukan tawaf, darah itu keluar lagi. Maka Abdullah bin Umar pun berkata, “Sesungguhnya hal demikian adalah dari gangguan syaitan”.

Makna gangguan syaitan di sini ialah syaitan telah menemui jalan dan peluang untuk menganggu urusan ibadah seseorang itu, termasuklah solat, tawaf dan sebagainya.

Meskipun dalam situasi lain, nabi saw menyebut bahawa darah istihadhah itu adalah sejenis penyakit. Lihat hadis ini.

Hadis ‘Aisyah ra :

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : جَاءَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ حُبَيْشٍ إلَى النَّبِيِّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ إنِّي امْرَأَةٌ أُسْْتَحَاضُ فَلا أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلاةَ ؟ قَالَ : لا، إنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِحَيْضٍ ... (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ).

Maksudnya, “Fatimah binti Hubaisy telah datang menemui nabi saw dan bertanya, “Wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita yang mengeluarkan darah istihadhah dan tidak pula suci. Bolehkah aku meninggalkan solat?, “Tidak, sebab sesungguhnya hal itu adalah penyakit, bukan haid…”.

Hubungan antara gangguan syaitan dan penyakit itu ada keselarian. Hal seumpama ini biasa terjadi bagi mereka yang sering mengalami situasi gangguan syaitan. Bermakna, berpunca dari onar syaitan, mengakibatkan fizikal seseorang itu sakit.

Merujuk kepada permasalahan senggugut pula, tiadalah diceritakan ianya adalah berpunca dari cakaran syaitan. Berkemungkinan pemberitahu hal tersebut tersilap antara senggugut dengan istihadhah.  Wallahu’alam.

Menurut doktor, ia (sunggugut) adalah permasalahan biasa yang dialami oleh anak gadis dan akan beransur pulih sebaik sahaja mereka berumahtangga.

Namun, tidak dinafikan juga, ada kemungkinan campur tangan syaitan dalam menambahkan lagi kesakitan yang bermatlamatkan agar ibadah kita terganggu. Itulah kerja syaitan, menganggu, mewaswas dan mengacau kita, khususnya dalam hal-hal ibadah.

Ibn Abbas ra pernah meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda, maksudnya, “Syaitan akan mendatangi seseorang yang sedang bersolat, lalu meniupkan pada punggungnya, sehingga menyebabkan dia rasa terbatal wudhu’ (buang angin). Maka apabila salah seorang dari kalian mengalami situsi ini, hendaklah beliau meneruskan solat, selagi mana beliau tidak mendengar bunyi atau mencium bau”. (HR al-Bazzar)
[ ... ]

Rawatan Sihir Ilmu Pengasih


Antara fungsi syaitan adalah untuk memisahkan hubungan suami isteri yang sah, memecah-belahkan kerukunan rumahtangga. Si suami membenci si isteri dan si isteri begitu juga. Masing-masing melihat antara satu sama lain dari sudut pandang irihati, dendam dan benci serta meluat terhadap sikap, perangai dan perwatakan masing-masing. Ini semua adalah kerja syaitan yang tidak ingin melihat kerukunan rumahtangga yang dilalui oleh anak-anak Adam.
Cara rawatan bagi suami isteri yang terkena sihir tersebut ialah :
Baca bacaan di bawah pada limau nipis, air atau beras.
Ayat-ayatnya ialah :
بسم الله الرحمن الرحيم
إلى حضرة المصطفى محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه وقرابته والأولياء والصالحين والعلماء العاملين في البر والبحر شيء لله لهم الفاتحة
1- Baca surah al-Fatihah
2- Baca Bismillah enam :
بسم الله السميع البصير الذي ليس كمثله شيئ وهو بكل شيئ  عليم
بسم الله الخلاق العليم الذي ليس كمثله شيئ وهو الفتاح العليم
بسم الله الذي ليس كمثله شيئ وهو العليم الخبير
بسم الله الذي ليس كمثله شيئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شيئ وهو العزيز الكريم
بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شيئ وهو الغفور الرحيم
فالله خير حافظا وهو أرحم الراحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
3- Baca Bismillah lima :
بسم الله ما شاء الله لا يسوق الخير إلا الله
بسم الله ما شاء الله لا يَصرِف السوء إلا الله
بسم الله ما شاء الله ما كان من نعمة فمن الله
بسم الله ما شاء الله لا يأتي بالحسنات إلا الله
بسم الله ما شاء الله لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
4- Baca surah al-Taubah ayat 51 :
قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا هو مولانا وعلى الله فليتوكل المؤمنون
5- Baca surah al-An’aam ayat 17-18 :
وإن يمسسك الله بضر فلا كاشف له إلا هو وإن يمسسك بخير فهو على كل شيئ قدير
وهو القاهر فوق عباده وهو الحكيم الخبير
6- Baca surah Hud ayat 56 :
إني توكلت على الله ربي وربكم ما من دابة إلا هو آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم
7Kemudian dikuti dengan surah-surah munjiat yang lain, seperti surah Yaasin, surah al-Mulk dan juga surah al-Insaan.

Insya Allah swt akan pulih kembali hubungan suami isteri.
Sumber : Ust Hj Abd Halim bin hj Md Saud
[ ... ]

Isnin, 25 Februari 2013

Migraine (sakit kepala)


 Ramai orang yg kene sakit kepala yg teruk nih, kalau kene serang tu, macam nak percah kepala tu, macam nak tercabut biji mata dan macam macam rasa sengsaranya

Yg ada tu sampai puluhan tahun menderita.... kalau jumpa doktor apa upayanya???? bagi ubat tahan sakit aje la, kan????? kalau dah teruk tu, bagi la ubat yg paling power pun.... tetap sakit jugak kan, tak de kesan langsung!!!!


Sakit migraine ni bukan la semestinya gangguan jin, malah rata rata bukan gangguan jin pun, tapi gangguan urat saraf dan gangguan urat darah..... darah beroksigen tak sampai otak, tu yg jadi sakit sangat tu.


Punca utama ialah pasal urat tu sumbat, tak kiralah sebab kolesterol ke, sebab lemak ke, sebab angin ke, yg penting sumbat....yg kedua baru sebab jin, pun jin tu buat sesuatu agar urat tu sumbat... hehe



so, jalan penyelesaiannya?????? betulkan urat tu, kalau ada jinnya, sila bunuh jek......

Sapa yg pandai betulkan urat tu???? tentulah pakar urat atau pakar saraf.... doktor pakar le.....

tapi kalau doktor pakar pun tak reti nak bantu camne??????



meh jumpa aku, biar aku cuba, nasib la, kalau baik, alhamdulillah, kalau tak baik tu bukan urusan aku.... hehe

tapi so far yg ngadu sakit migraine ni la, alhamdulillah, fedback nya kata ok, malah yg ada tu siap bawak sanak saudara yg sakit sama untuk aku picitkan, depa ingat aku tukang picit agaknya....hehe

tapi kalau boleh, aku malas nak micit sebab mighrine nih, penat woiiiiiiiii, bunuh hantu tak penat sangat... hehe
[ ... ]

JUMLAH PENGUNJUNG

Free counters!

Jumlah Paparan Halaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...