SELAMAT DATANG KE BLOG RIDAB,TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BELOG INI

INFO TERKINI RIDAB



RAWATAN ISLAM DARUL BARAKAH (RIDAB) MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:-
* MEMBUANG SAKA
* MASALAH SANTAU
* MASALAH SIHIR
*ANAK-ANAK DEGIL
* SELUSUH MUDAH BERSALIN DAN LAIN-LAIN LAGI.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
EN.ZUL - 0129526986



RIDAB Boleh Dihubungi:
H/P: 012-9526986
Email : darulbarakah2012@gmail.com
(SMS tidak dilayan)
(rawatan melalui temujanji sahaja)



 photo RAWATAN JAUH_zpsqd3ekysp.jpg

Khamis, 27 Disember 2012

Kelebihan Surah Al Insyirah


Tak tau surah al Insyirah ?. Bukak al Quran, cari ayat yang mulanya Alam Nasyrah La Ka Shodrok. Haa, tu la surah al Insyirah. Biasanya cikgu2 yang mengajar budak SPM dan PMR mesti bekalkan tips ni. Masuk dewan peksa baca surah Alam Nasyrah ni, biar kasi lapang, dipermudahkan dan disenangkan ketika menjawab periksa.

Seterusnya antara kelebihan surah Al Insyirah ni adalah sekiranya poket korang dah kering, tak de sen, kalo ada pun cukup beli gula2 hacks, maka bacalah surah Al Insyirah ni sebanyak 7 kali, maka korang akan rasa relaks je walaupun lapar. Tak terliur pun tengok orang tengah gigit durian crepe.

Lagi, sekiranya korang ni jenis banyak kerja, overtime memanjang, projek paper kena siapkan berjela2, tidur lak 2 ke 3 pagi. Besok korang ngantuk, bos tuduh korang gi dangdut pagi2. Sapa tak menyirap ye tak. Jadi, sebelum tidur, bacalah 3 atau 7 kali surah al Insyirah ni. Insya ALLAH, tidur 3 jam pun cukup, segar, cam minum Redbull.
[ ... ]

Ahad, 16 Disember 2012

Bagaimana hantu-hantu di beri nama?


Seandainya kita perhatikan nama-nama makhluk halus yang di panggil oleh masyarakat dengan pelbagai nama  seperti hantu raya, polong, pelisit, anak kerak, poloranggas, seberolan, toyol dan sebagainya lagi, kita akan dapati ada satu perkara menarik yang sudah terkambus dalam pemikiran kita hari ini


Pada asalnya mahkuluk halus ini ini menjelma samada secara  zahir reality sehingga dapat di lihat atau di hubingi oleh orang-orang tertentu seperti tuannya, , atau terjelma dalam fikiran orang tertentu  seperti di benak fikiran ahli-ahli suluk yang ingin menghapuskan syirik dalam masyarakat, maka untuk memudahkan perbincangan, rupa demikian di beri nama( di ikat)  dengan nama tertentu oleh pengamal-pengamal ilmu yang berkecimpung dalam bidang tersebut.  Nama-nama yang di berikan itu merangkumi penjelasan tentang  sifat, dan perangai tertentu. 

contohnya di panggil  anak kerak kerana ia berupa seperti seorang anak kecil. ia juga di ambil dari tenggorak bayi solong yang mati, di mana ia adalah anak  sulung hasil perkahwinan  anak solong lelaki (suami) dan poerempuan (isteri) solong .
demikianlah juga polong, asalnya di gelarkan kepada syaitan yang menjelma atas rupa tuan dia yang asal yang di panggil oleh orang tempatan dengan nama Pak Long sahaja. Wallahu `a lam. demikianlah kata yang empunya cerita.
, Namun begitu, hakikatnya syaitan tadi  boleh menjelma dengan beberapa jelmaaan lain.

Keperibadian jelmaan syaitan tadi  dapat di ikat oleh manusia dalam bentuk memberi nama dengan panggilan -panggilan tadi. , maka manusia yang ingin mencari persahabatan atau hubungan dengan makhluk begini boleh melakukan seperti panggilan jin, pemujaan untuk tujuan menghadirkan-biasanya juga dalam bentuk yang bukan berupa tetapi kepada ahlinya, secara lazim dapat memastikan secara jelas.

Sekiranya kita perhatikan orang-orang soleh di zaman silam yang berkelana di alam ini,  untuk tujuan melihat samada secara jelmaan yang jelas di depan mata seperti yang di sebutkan tadi, atau secara belakang tabir seperti mimpi- yang juga melalui jalan penjelmaan, ada di antara mereka yang mengamalkan zikir ya `alimal ghaibi was syahadah ( يا عالم الغيب والشهادة  )  sebagaimana yang telah di bincangkan, tidak kurang pula yang  menyuluh dan zoom dengan zikir ya musyawwiru ( يا مصور  )  atau ya syahidu (  يا شهيد  ). Mereka yang zoom ini berkata bahawa makhluk halus, sebagai mana kerja syaitan tentulah amat  suka mengganggu manusia tetapi tidak suka sangat mempamerkan dirinya melainkan kepada mereka yang penakut. Pengamal-pengamal  yang ingin mencari untuk mengenalinya dengan tujuan untuk membelenggu dan mengikatnya, umpamanya mereka yang melazimi zikir ya muhaiminu ( يا مهيمن   )  , mahkluk-makhluk halus ini akan cuba melarikan diri sejauh-jauhnya supaya kejahatannya tidak dapat di kesan oleh manusia tersebut. Mereka pada masa itu tak ubah seperti seorang pencuri atau pembunuh yang di kehendaki polis, mereka akan bersembunyi sepenuh-penuhnya. Ini kerana sekiranya identity mereka telah di kenali, maka usaha menewaskannya dapat di lakukan dengan cara yang lebih mudah.iaitulah dengan menggunakan cara yang makhluk seperti itu telah tewas sebelum ini. Itulah maksudnya firman Allah SWT: nisa 76

Sesungguhnya tipu daya syaitan amatlah lemah

Maksud ayat di atas ialah, apabila saja mereka adalah dari makhluk halus yang jenisnya di panggil dengan nama hantu raya, maka ia dapat di tewaskanj dengan cara bagaimana hantu raya yang terdahulu telah dapat di tewaskan. Maka seorang yang memahami cara untuk menumpaskan hantu raya akan dapat menumpaskan mana-mana hantu raya walaupun hakikatnya adalah berlainan entiti hantu raya tersebut.    
Itulah sebabnya kita seringkali melihat seseorang yang ingin mencari punca saka akan hampa setelah berpenat lelah. Ini kerana saka itu menyembunyikan diri. Namun begitu, dengan keagungan dan kebesaran Allah, dengan menyeru nama Allah dengan menguatkan tumpuan sepanjang  zikir ya `alimal ghaibi was syahadah ( يا عالم الغيب والشهادة  ) , ya musyawwiru ( يا مصور  ) , ya syahidu (  يا شهيد  ) atau ya muhaiminu ( يا مهيمن   )  , mahkluk-makhluk halus yang cuba melarikan diri sejauh-jauhnya  itu pasti akan menyerah diri dan tidak dapat bersembunyi lagi


oleh itulah, kita dapati ada syaitan-syaitan yang berwatak dengan satu watak tetapi mempunyai nama yang berlainan. umpamanya masyarakat kita panggil anak kerak, masyarakat di British memanggilnya dengan nama yang lain. permainannya lebih kurang sama saja. mengambang dalam masyarakat kita di panggil dengan marbut dalam masyarakat arab mesir.
[ ... ]

Rabu, 28 November 2012

Qarin

Qarin…

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmaddan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Ulasan dari dalil ttg qarin tersebut

Nabi kata Qarin tu dari bangsa jin dan bangsa malaikat….., so maknanya qarin tu bukan jin je

Malaikat pun leh jadi qarin
Tapi apa sebenarnya Qarin tuh?
Jin jenis apa yg jadi qarin? Malaikat pulak malaikat yg mana?
Hadirnya bila?
Dari kandungan lagi ke?
Mak bapaknya sapa?

Adakah mak kita tu juga mak pada qarin tu???? Takkan mak mak kita beranakkan jin & malaikat pulak?? Adakah masa kita lahir, qarin tu dah ada? Sebaya dengan kelahiran kita atau dia berumur dah ratusan tahun? Dan kita mati nanti qarin tu ikut mati juga ke?
Jin qarin tu satu je ke?malaikat pulak???? Abis malaikat qarin tu pulak macamana? Adakah sebaya juga dengan kita? Maknya malaikat tu mak kita juga? Jin Qarin yg menyesatkan kita tu, cara menyesatkannya pulak macamana? Kita dengar ke? Malaikat Qarin pulak? Kita dengar juga ke bisikannya? Mereka bisik kat telinga ke? Atau macamana kaedah pembisikan mereka tu?????

Ok ni huraian aku, ye lah, aku kan hantu, huraiannya pun stail hantu jugak le… hehe
Qarin sebenar bukanlah jin dan malaikat, tetapi satu nama tempat yg kedudukannya di jantung manusia. Jin jin yg duduk dalam Qarin tu itulah yg dipanggil jin qarin, kalau malaikat yg duduk situ, dipanggil malaikat qarin ( sebenarnya malaikat tak duduk sama dalam qarin tu, tapi dlm jantung kita tu ada macam partition, sebelah tempat jin(qarin) sebelah tempat malaikat yg dipanggil Mulhin)…

Jenis jin yg boleh jadi qarin pulak ialah apa saja jenis jin yg duduk situ, kalau dewa, ye qarinnya dewa, kalau hantu ye qarinnya hantu, kalau jin ifrit ye qarinnya ifrit, kalau jin islam ye qarinnya jin islam, kalau iblis yg kat situ ye qarinnya iblis…..kalau azazil pun sama, qarinnya azazil..Malaikat yg duduk situ pun gitu juga, tapi biasanya satu jek jenisnya iaitu malaikat Mulhin….

Kene ingat, jin ni kalau duduk dalam tubuh manusia boleh dengan jumlah yg banyak tanpa kira jenis dan bangsa, mereka tak perlukan ruang…. Malah jin qarin boleh menghuni qarin tu sampai berjuta ekor sekaligus!!! Tak semua jin yg menghuni tubuh manusia dipanggil qarin, kalau duduknya jin tu kat tengkuk ye kita panggil jin tengkuk, kalau kat kemaluan ke jin malu maluan… hehe, kalau jin duduk kat kaki ye panggil jin kaki…..hehehe

Oleh kerana dah dijelaskan qarin tu kat jantung(hati) so cara pembisikannya pun tak le bisikkan kat telinga macam pasangan kekasih yg berdua duaan tu… tapi bisikannya dalam hati… amat berbeza beza pada setiap individu bergantung kekuatan roh dan jiwa individu tu…. Kalau yg teruk , mereka siap leh berbual dengan qarin yg kat dalam tu, dan qarin tu boleh bagi nasihat macam macam… contohnya qarin tu boleh cakap…’ko jangan kawan budak tu, budak tu jahat’, atau ko jangan berbaik dengan (RIDAB) tu, (RIDAB) tu ada jin! Hehehe…. Atau ko jangan berubat dengan (RIDAB) tu, dia tu ilmu sesat dan sebagainya…. Contoh, contohhhh!!!!!!!!! hehehe….

Tu kes qarin yg teruk la, penguasaan qarin yg tak teruk macam kita selalu rasa nak marah, nak menengking, nak belasah orang, nak kutuk orang, nak hina orang, rasa malas ibadah, rasa pandai sangat, rasa islam sangat, rasa semua orang jahat, rasa semua orang benci kita, rasa semua orang perli kita, rasa hebat sangat, rasa kuat sangat, rasa alim sangat, rasa BAGUSSSSSS SANGAT dsb….

Ok memandangkan qarin hanya tempat, bermakna jin qarin tu bukan la adik beradik kita, iaitu mak nya bukan mak mak kita, tentulah mak jin qarin tu jin jugak hehehe…
Dan bilakah jin Qarin tu mula masuk tubuh manusia???? Biasanya selepas anak anak berumur 5 tahun keatas, sebab budak kecil nih yg umurnya bawah 5 tahun, cahaya(NUR) roh nya masih sangat suci dan terang putih berkilau… tetapi akan pudar dan memudarkan diri sebab pendedahan anak anak tu pada persekitaran…. Kalau mak bapaknya sentiasa berzikir tentulah cahaya NUR anak anak tu kurang pudar atau terus terang benderang sebab makanan roh ialah zikir yg jujur ikhlas….

Dan biasanya jin yg jadi qarin ialah jin saka…. Jarang jin luar leh menghuni qarin kecuali ada suruhan/persihiran….Bila kita mati jin ni keluar dan cuba cari sarang baru… iaitu keturunan kita la…saka!!!! Ingat, jin islam pun ada yg jadi qarin tau! Bisikkan kejahatan jugak!!!!

Malaikat mulhin pulak biasanya tak banyak, satu jek… membisikkan kebaikan….ia masuk dari kita lahir lagi….
[ ... ]

Selasa, 27 November 2012

JIN TAK MAMPU MENEWASKAN ORANG ORANG YANG IKHLAS


Jin jin amat menggeruni dan menjauhi orang orang yg ikhlas. Siapakah orang yg ikhlas tersebut?
Orang yg ikhlas ialah orang yang setiap perbuatannya ikhlas tanpa meminta apa apa ganjaranpun dari perbuatannya. Tak kiralah sama ada dalam beramal ibadah, menjalani kehidupan berkeluarga, bermasyarakat atau apapun perbuatannya....

Kalau beramal ibadah, ia beramal ikhlas hanya semata mata kerana Allah, tanpa mengharapkan apa pun ganjaran yg bakal diterima selain semata mata beribadah untuk mengESAkan Allah, untuk memuji Allah, untuk mengakui dirinya hanya hamba Allah yg ditugaskan didunia ini untuk beribadah hanya pada Allah.

Setiap amalnya dengan perbuatan dan seluruh jiwa semata mata untuk mengingati Allah, bersujud pada Allah, taat akan perintah perintah Allah tanpa memikirkanpun pahala dan ganjaran, bekalan akhirat, kesenangan didunia dll....

Kalau menjalani kehidupan berkeluarga, ia menjalankan mengikut apa panduan yg telah digariskan dalam perundangan agama atau negara. Semata mata membimbing keluarganya menuruti jalan Allah

Kalau bermasyarakat pula, dia menjalani permasyarakatan dengan ikhlas untuk bermasyarakat, membantu sesama masyarakat tanpa inginkan sesuatu ganjaranpun dari khidmat yang telah dicurahkannya.....

Mengapa jin tidak mampu mengalahkan orang orang yang ikhlas?

Setiap orang yang ikhlas terutama dalam setiap ibadahnya, dirinya akan diselaputi NUR yang putih berkilau yang terhasil dari ibadahnya terutama dari zikrulllah yg dilakukan ikhlas hanya semata mata untuk memuji Allah. Lagi banyak zikirnya, lagi teranglah NUR tersebut sehingga semua golongan jin tak kan mampu menghampiri untuk menggoda atau menyakitinya.... malah orang yang ikhlas mampu menghancurkan jin yg cuba mengganggunya...

Oleh yg demikian, kita cubalah untuk menjadi orang yang ikhlas dalam setiap gerak dan perbuatan kita... banyakkan menyebut nama nama Allah pada setiap denyut nadi kita tanpa memikirkan apapun ganjarannya walaupun NUR, walaupun syurga, walaupun bekalan ke akhirat... inshaAllah

LA ILA HA ILLAULAH
[ ... ]

Isnin, 26 November 2012

Amalan Membaca Surah Yasin Ayat:9 Untuk Melepaskan Diri


Mungkin ramai yang tahu tentang kelebihan surah yasin ayat 9. Biasa digunakan untuk budak-budak menangis malam kerana gangguan jin atau sebgainya. Tapi harus di ingat.. bukan kerana ayat tu  semata mata.. ayat Allah adalah sebagai ikhtiar tetapi semuanya dengan izin dan kuasa Allah. Bacalah apa pun ayat-ayat  Al-quran kalau hati penuh dengan keyakinan akan kebesaran Allah walau hanya membaca bismillah sahaja pun pasti ada manfaatnya..yang penting yakin dan ikhlas kerana  Allah.

Hari ni aku nak kongsi dengan korang kesan dari aku mengamalkan yasin ayat 9 ni. Aku terima amalan ayat ni dari seorang ustaz masa zaman aku study dulu. Ustaz ni terkenal dengan pangilan ustaz rabbani sebab rupa,gaya suaranya sebijik arwah ustaz asri rabbani. Ustaz Mat Nor merupakan pensyarah di jabatan pengajian islam tempat aku study. Banyak juga buku-buku agama yang beliau hasilkan melalui kajian dan pemikiranya tentang islam. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah pengajian agama islam di institute perguruan Malaysia kampus Dato’ razali batu rakit. Selalu berjumpa dengan beliau pagi-pagi bersarapan di warung nasi kerabu pak din. Depan rumah aku je tu..

Adeh…. Banyak lak cerita tentang ustaz ni…hahahaha.. biasa lah aku kan suka becerita. Ok berbalik kepada  cerita amalan yasin ayat 9 tadi.. aku amalkan dengan penuh keyakinan bahawa kalam-kalam Allah ada kelebihan dengan izinNya. Ceritanya macam ni.. semasa aku dengan member aku balik dari Bandar Kuala Terengganu ke rumah dengan motorsikal ada satu sekatan jalan oleh JPJ di hadapan mahkamah dekat bukit besar tu la.. yang ada Allah peliharakanlah Terengganu tu.. bila sampai je kat JPJ tu dia suruh ketepi dan berhenti.. member aku yang tunggang motor tu.. aku bonceng je.. masa tu aku lom ada lesen lagi.. member aku ada lessen tapi lessen P. pelekat P tak di tampalnya kat motorsikal tu.. member aku cakap mampus lah kali ni.. tak ingat tampal P. JPJ tu pun mari dekat dan suruh member aku keluarkan lesen. Sambil-sambil member aku nak buka dompet dia nak keluarkan lesen.. JPJ tu pusing arah belakang motor untuk tengok no plat. Masa tu lah aku bacakan surah yasin ayat 9 slow dan aku hembus kat belakang JPJ tu.. tak sempat member aku keluarkan lesen..  JPJ tu cakap ok leh jalan. Fussssshhhhh……. Lega… member aku tanya  aku buat apa kat JPJ tu.. aku kata tak ada apa.. selamat.

Ada lagi cerita yang dulu-dulu aku terlepas.. banyak ler.. malas nak taip..hahahaha. yang terbaru masa aku dengan minik aku pergi langkawi hari tu.. biasa lah perempuan.. tak terlepas dari sifat pinggan manggkuk hayun dia..hahaha. aduss pantang jumpa yang comel yang cantik yang murah..yang berkenan di hati.. rembat selalu la.. nak buat macam mana. Nak marah pun dia beli dengan duit dia.. tapi marah juga lah sebab dia beli tapi aku yang memikulnya.. huh… nak putus jari ni beb punggah dari jeti ke feri.. dari feri ke jeti. Menyesal ikut..hahahah. beribu habis untuk barang2 pinggan manggkuk tapi lantak dia lah duit dia.. sampai masa nak buat pemeriksaan kastam tu aku baca surah yasin ayat 9 aku hembus kat kastam dengan makrifat bayangan kesemua sekali aku tujukan hembusan ayat 9 ni. Satu persatu aku letak bag pakaian untuk imbasan. Beg pertama dan kedua lepas sebab memag pakaian je yang ada.. time letak beg ketiga tau apa jadi? Hehehe berhenti terus mesin pengibas tu.. tak berfungsi.  Maka berkerumunlah pagawai-pegawai kastam mai nak tengok pasai pa jadi lagu ni.. ada pegawai dia yang duk tutup pah tu buka balik suiz mesin tu. Ada yang duk hendap-hendap mesin tu.  Last sekali mai sorang lagi pegawai dia angkat bag letak atas troli aku pastu dia cakap jalan-jalan.. minik aku kat belakang dengan satu troli lagi pun lepas. Hanya 3 4 langkah aku dan minik aku beredar dari situ tiba-tiba mesin tu dah ok balik.. dah berfungsi. Aku Tanya pegawai yang duk kat pintu tu.. nak periksa semula ka? Dia ckap tak yah.. jalan je…hahahahaha.. selamat lagi. Member-member minik aku ada yang sampai kena bayar cukai beratus-ratus . Allahamdulillah kami lepas.

Dan yang paliang terbaru kemarin. Huh polis ni kang… mentang-mentang lah kat sini UMT buat konvo dah tau mesti orang luar ramai datang.. pandai je dia cari duit yer.. buat sekatan jalan.. hampeh. Tengah hari kemarin aku nak gi kenduri kat kuala bekah. Sampai je di gong badak jalan sesak.. inagatkan sebab banyak kenderaan yang mai konvo UMT. Rupanya sekatan jalan raya.. aku terlupa pakai tali pinggang pulak.. minik aku masuk kereta je dia terus pakai.. aku ni biasa lah mana suka semua tu.. rimasss..hahaha .

Dah nampak ada abang polis buat sekatan aku pun pakai la tali painggang.. sampai dekat abang polis tu dia lambai-lambai suruh berhenti di tepi.. ish.. dalam hati apa kena pulak ni.. aku berhenti dan turunkan cermin tingkap.. abang polis tu pun kata assalamualaikum.. maaf yer encik.. keluarkan lessen dan ic.. aku pun tanya la.. saya ada buat kesalahan jalan raya ka? Abang polis tu cakap kesalahan encik memandu tidak pakai tali pinggang..aku kata ooo.. ok jap..aku pun apa lagi sambil-sambil duk ambil lesen  dan ic aku pun baca la surah yasin ayat 9 pelahan hembus kat abag polis tu.. tapi kalau orang tengok mulut aku pasti akan nampak terkumat kamit..hhahahaha. aku tak baca dari awal sebab aku tak pernah jumpa atau tengok kat jalan tu ada sekatan selama ni. Tu pasal aku tak baca.. dah nampak sekatan aku pun masih tak baca sebab aku dah pakai tali pinggang masa tu.. rupanya dah ada abang polis duk skodeng sebelom sampai sekatan. Dia orang pakai rojer-rojer lah  rupanya.. masa aku hulur nak bagi lesen dengan ic aku kat abang polis tu dia pun cakap tak pe encik.. terima kasih.. sila jalan..hahaha minik aku dah tau so dia senyum2 je lah.. mak mertua aku kat belakang tu bersuara “bakpe pulop polih ni mitok2 lesen pah takboh pulop” aku dengan minik aku diam je..hahaha malas nak biasing2. Alhamdulillah sekali lagi selamat.

Yang tak percaya cerita ni tak payah percaya lah yer.. yang percaya aku nak kongsi cara mengamalkan surah yasin ayat 9 ni.

Semasa nak mulakan perjalanan. Tak kira lah naik motor ke.. kereta ke.. jalan kaki ke.. korang baca surah yasin ayat 9 kemuadian dalam hati korang kena lah doa. Aku biasa guna doa ni je.. “Ya Allah.. lindungilah aku dari pandangan polis serta sekutu-sekutunya dari segala kesalah-kesalah yang aku lakukan. Sesungguhnya aku yakin dan percaya akan ayat-ayatMu Ya Allah”. Kemudian hembus dengan 1 nafas pelahan-lahan dan bayangkan hembusan itu kena pada yang kita tuju. (doa tu bergantung pada korang lah yer untuk apa dan tujuannya..)pastikan doa tu betol dan jelas.. jangan di cuba doa bukan-bukan.. contoh korang doa mintak orang lain tak nampak korang..ha… nanti korang bawak kereta orang lain akan langar la korang sebab dah tak nampak pun korang..hahahaha. jangan main-main dengan ayat – ayat Allah.

Sekutu-sekutunya tu bermaksud yang kerjanya sama macam polis la.. tahan..saman.. dan sebagainya. Bagi yang amalkan ayat ini tapi di gunakan untuk membuat kejahatan pasti dan pasti akan menerima balasannya. So gunalah dengan cara betul dan ketika memerlukan dengan sebaik-baiknya.
Ok lah… selamat beramal.
[ ... ]

Ahad, 25 November 2012

ADAKAH JIN BERDENDAM

DENDAM JIN JIN

Jin memang berdendam, dan mereka akan bersatu hati walau berbeza jenis dan agama mereka terutama untuk mengacau manusia. Katakan ada kes sihir oleh bomoh melayu islam yg berdampingan dgn jin islam, yg disuruh pergi jin islam tadi, biasanya seekor je, tapi yg menemani sikit punya ramai, macam macam jenis pun tak kisah, mereka bersekongkol untuk memusnahkan manusia yg dituju..ni contoh je, sebab jarang jin islam digunakan untuk persihiran ni

katalah dah dibunuh seekor tu, yg lain masuk pulak, begitu seterusnya... sedangkan yg disuruh hanya seekor... tapi jin yg berkawan ni biasanya tak puas hati jika kawannya mati dibunuh tu, konon ingin menuntut bela... katalah abis satu rombongan tu...kira settle le sekejap 1-2 hari, nanti orang tu akan sakit balik sebab ada jin lain pula yg mengacau iaitu rakan rakan yg dah mati tadi.... jadi kalau kes sihir ni, biasanya akan memakan masa untuk pulih sepenuhnya iaitu 2-3 minggu yg kene berulangkali sehinggalah tiada lagi jin jin yg berani mengacau kerana takut dibunuh juga...
[ ... ]

Sabtu, 24 November 2012

Doa Untuk Mengatasi Kekecewaan

Doa Putus Cinta (Doa Mengatasi Kekecewaan)

Bila mengalami kekecewaanseperti putus cinta,putus tunang,bercerai suami isteri dan seumpamanya, Maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk meluapakan kekecewaan tersebut:-

Letak tangan pada dahi atau dada,kemudian baca

*Ayat 39 : Surah Ar-ra'ad

'YAMHULLAHU MAA YASHAA'
(Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya)

Setelah selesai membaca ayat ini, genggam tapak tanggan dan buat isyarat membuang.
[ ... ]

Jumaat, 23 November 2012

Jenis SIhir : Sihir Pendarahan (Istihaadah)

Sihir Pendarahan (Istihaadah)

Kesan sihir

Sihir berlaku kepada gulongan wanita sahaja. Tukang sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran ­saluran (urat-urat) darah.

Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat ­kuatnya . Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.



Rasulullah S.A.W. pernah di tanya oleh seorang wamta yang bemama Hamnah binti Jahsy berhubung darah Istihadah, lalu baginda S.A.W. pun menjawab:

“Sesungguhnya darah itu adalah hasil tolakan dari tolakan-tolakan yang dilakukan oleh syaitan”
Riwayat al Tarmiziy, menurutnya hadis ini hasan sahih. Menurut al Bukhan hadis ini martabatnya hasan.

Dalam satu riwayat yang lain pula ada menyebut, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Darah itu sebenarnya (darah) urat bukannya darah haid”

Riwayat Imam Abmad, an Nasaaie dengan sanad yang baik.

Ulamak-ulamak feqah menamakan darah tersebut sebagai darah istihaadah. Para doktor menamakannya sebagai pendarahan. Dalam an Nihaayah (m/s:469), Ibnu Al Athir telah berkata:

“Darah istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana kebiasaannya.”

Kadang-kadang penyakit pendarahan ini berlaku selama lebih kurang sebulan. Kadar darah yang keluar tidak menentu, adakalanya sedikit dan adakalanya pula banyak.
[ ... ]

Rabu, 21 November 2012

Amalan untuk orang berusia emas yang mimpi dapat budak

Bacaan Bagi Seeorang yang bermimpi diberikan budak (khusus berusia emas)

1. Taawudz
2.Bismillah.
3.Mengucap Dua Kalaimah Syahadah.
4.Istighfar
5.Selawat
6.Doa YA Allah Lindungilah hamda daripada gangguan dan tipudaya jin dan syaitan (sambil niat : Tolak pemberian budak yang diberi dalam mimpi dan anggapkan ia sbg tipudaya syaitan)
7.La hau la wala quwwata illa billah (Lafaz Qauqalah)
8.Innalillahi wainna lillahirajiun.
9.Baca Al Fatihah 7 atau 21 x
10. Ayat Kursi 7 atau 21x
11. 3 Qul
12. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar masing2 33x
13. Tasbih Nabi Yunus sampai tertidur

Insya Allah jika sebelum ini kalau bermimpi macam terpukau menerima sahaja pemberian budak kecil. Kali ini tengoklah apad jadi. Ada sekali saya hanya sampaikan pesan macam ini sahaja marah sakan benda alah tu. Semoga kita mendapat manfaat dan terhindar daripada tipudaya syaitan yang direjam. Amin. 
[ ... ]

Selasa, 20 November 2012

TIP UNTUK MEMILIH BILIK HOTEL,CHALET, RUMAH TUMPANGAN ATAU SEBGAINYA YANG BEBAS DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS


Musim cuti sekolah ni. Banyaklah pusat pelancongan dipenuhi pelancong. Kawan-kawan ada mengajak beriadah. Tapi saya tak ada masa dan keuwangan. Saya bukan orang senang nak jalan-jalan. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. 

Kalau dah beriadah dan makan angin itu kena duduklah di hotel, di chalet, atau rumah tumpangan. Tak kiralah hotel dan bilik tumpangan mahal atau murah sekalipun, semuanya berisiko terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik masuk saja dalam bilik ada bau darah hanyir. Ada juga dah tidur padamkan lampu baru ternampak sekujur lembaga berdiri tegak memandang dari pintu bilik air (hantu raya la tuh).

Ada yang jenis muncul di cermin berambut panjang berjela. Bahkan ada jenis merangkak masuk ke bawah katil. Itu tak main lagi yang jenis cakar dinding pintu dan dinding bilik. Gruk Gruk Gruk bunyinya. Real tu. Jadi apa yang perlu kita buat?

Langkah pertama kita scan dulu. Scan termudah ialah scan gerak hati atau scan gerak diri. Semua orang yang boleh mengucap dua kalimah syahadah boleh buat kaedah ini. Kalau mengucap pun tak boleh saya tak boleh nak tolonglah!

Masa sedang pilih bilik di kaunter lagi, bersyahadahlah dalam hati. Kemudian baca bismillah. Sebenarnya ada cara bagaimana nak baca bismillah yang mustajab. Taklah baca begitu saja. Ada petua-petuanya.

Dengan bersyahadah dan membaca bismillah dengan tawajuh saja kita dapat menghidupkan diri kita untuk memilih bilik yang sesuai dengan diri kita. Nak atau tak saja. Jangan ada yang ketiga dan keempat. 

Ringkasnya begini:

1. Syahadah
2.Bismillah
3. Pilih bilik sambil doa dalam hati. Contoh doanya: Ya Allah elakkan bilik yang kotor dan tunjukkan padaku bilik yang bersih beribadat kepadaMu.
4. Mudah bukan? Langsung pilihlah bilik tu. Kalau dia kata bilik 106...kita diam sekejap barang beberapa ketika dan ulang langkah 1-3. Kalau hati berat nakj terima, maka cari yang lain. 
5. Kalau hati kita mudah terima dengan nombor bilik tersebut maka terima saja. 


Kaedah ini mesti dibuat dengan tawajuh dan sepenuh YAKIN. Tawajuh dan Yakin semasa nak pilih bilik, dan selepas memilih bilik.

Insya Allah kalau ditakdirkan kena juga bilik yang kotor, bila kita masuk insya Allah bilik tu akan bersih dan kita selamat daripada sebarang gangguan.

Kalau berasa juga seram bila kaedah 1-3 dibuat, sebaik di muka pintu dan ulang step 1-3. Masa kuak pintu ucapkan salam dan baca Fatihah 1x. Kalau nak baca Ayat Kursi dan 4 qul pun silakan. 

Kalau terasa macam terus saja seram berdiri bulu roma sebaik masuk bilik terus saja Azan 3x. Lepas tu baca dan ikut langkah yang saya berikan sebelum ini. Insya Allah bereh!

Selamat bercuti dan Salam 1434 hijriah.
[ ... ]

Isnin, 19 November 2012

Khasiat Asma Ya Fattah



Asma Allah Ya Fattah bermaksud Allah Yang Maha Pembuka. Isim ini diamalkan bagi sekelian maksud. Ia pembuka bagi yang tertutup. Ia pelerai bagi segala kekusutan. Ia penemu bagi segela kebuntuan. Isim Ya Fattah boleh membuka segala pintu yang tertutup. Boleh melancarkan perjalanan darah dan aura diri. Boleh membuka akal dan pemahaman. Boleh membuka hati sendiri. Boleh memantapkan keilmuan hikmah. Jika ditambah dengan dengan Ya Fattahu Ya Alim akan menambahkan khasiatnya sebagai pembuka ilmu. Ilmu zahir dan ilmu batin. Ia membuka segala khazanah ilmu Allah. Apakah makna ilmu Allah itu? 
[ ... ]

Berhadapan Dengan Perbuatan Khianat Sihir

Ada beberapa kes yang dirujuk kepada saya, berpunca daripada perbuatan khianat sihir menyihir. Apabila seseorang perawat merawat dengan kaedah yang betul dan tepat, insya Allah, pesakit yang terkena sihir dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam sahaja. Malahan ada pengalaman saya, merawat seorang pesakit yang disihir agak teruk, dapat dipulihkan setelah dirawat dalam tempoh masa 1-2 jam secara total. Namun ini bukanlah suatu janji dan suatu kepastian yang terus menerus berlaku. Semua pada akhirnya tertakluk kepada keizinan Allah. Apa yang saya hendak fokuskan di sini ialah apabila kes sihir tersebut berulang setelah pesakit sembuh dirawat. Kes-kes berulang begini, perawat hendaklah memulangkan kembali kepada penyihir. Kaedah memulangkan sihir dengan kaedah yang haq terdapat berbagai-bagai cara. Ada yang mendirikan solat hajat+wirid salamun qaulan...Ada yang wirid ayat 82 surah Yassin. Kaedah hitam pun ada. Sebagai perawat muslim, hendaklah kita berwaspada tatkala merawat kes sihir kerana kebarangkalian untuk diserang ketika merawat dan dalam tempoh 24 jam adalah besar. Malah ada perawat yang sakit-sakit dan ada juga yang meninggal dunia diserang balik oleh bomoh sihir. Banyak saya jumpa perawat yang berpatah arang berkerat rotan tidak mahu merawat lagi sesudah diserang hebat oleh bomoh. Ibarat kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Sebelum perawat diserang sesudah pesakit dirawat, perawat boleh memulangkan balik sihir sebaik sahaja 'pembersihan' dilakukan. Insya Allah, kebarangkalian diserang balik akan berkurangan atau tiada. Paling penting teguhkan niat dalam bidang ini. Niat hanya mencari redho Allah bukannya mencari keuntungan dunia dengan jalan yang syubhah, muslihat dan melampau-lampau kerana bukan sedikit ustaz-ustaz perawat mengambil kesempatan 'menipu kes-kes rasuk' bagi menyakinkan orang ramai terhadap bengkel rawatan dan pusat rawatan mereka. Ini tidak baik.
[ ... ]

Ahad, 18 November 2012

Jenis Sihir : Sihir mati pucuk

Sihir Mati Pucuk / Lemah Tenaga Batin

Kesan sihir

Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseorang lelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ ia akan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapat di dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks. Dipusat itulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin seseorang lelaki iaitu zakar.

Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis ransangan Seks yang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan terputus hubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakar segera kembali semula ke pusat masing-masing. Akhirnya, batang zakar yang pada. asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut kembali.
[ ... ]

Jumaat, 16 November 2012

Jenis Sihir :Sihir pengasih atau sihir kasih sayang



Sihir pengasih atau sihir kasih sayang

Sabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331.

Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:

“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara­ perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.”

Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak. Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.

Kesan sihir

1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.

2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.

3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.

4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan permintaan pasangannya.

5. Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.
[ ... ]

Khamis, 15 November 2012

Jenis Sihir : Sihir Histeria

Sihir Histeria

Kesan sihir

1. Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.

2. Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.

3. Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.

4. Mengalami perasaan was-was.

5. Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.

6. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.

7. Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.

8. Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

Tukang sihir akan menyuruh jin supaya menggangu mangsa ketika di dalam tidur dan ketika jaga.Jin akan mengacau mimpi mangsa dengan menjelmakan diri sebagai haiwan ­haiwan ganas datang menerkam. Dalam keadaan jaga pula, jin akan menyeru atau memanggil manggil mangsa dengan menggunakan suara-suara orang yang dikenali manga atau tidak dikenali. Kemudian suara tersebut beransur-ansur berubah dan hanya kedengaran sayup-sayup sahaja.
[ ... ]

APA ITU SUSUK

Definisi
Amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan

Jenis-Jenis Susuk
  • Susuk Nyata
  • Susuk Ghaib
Susuk Nyata
  1. Susuk emas (popular-untuk pengasihan)
  2. Susuk berlian (kos tinggi)
  3. Susuk Mutiara (suara merdu)
  4. Susuk geliga buaya (nafsu)
  5. Susuk besi /beruang (kebal)
  6. Susuk bunga (pengasihan-konnnya akan keluar 40 hari sebelum mati)
  7. Susuk Raksa (kebal besi)
  8. Susuk bulu rusa (semangat waja diri)
  9. Susuk buluh Perindu (suara merdu & pengasihan)
  10. Susuk tulang manusia (kononnya boleh nampak alam jin)
Susuk Ghaib 
Amalan tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Pemakaian Susuk
  1. Pemanis dan seri wajah
  2. Pelaris diri
  3. Pelaris perniagaan
  4. Kebal
  5. Mencantikkan payudara @ kemaluan lelaki
  6. Hebat dalam perhubungan seksual
  7. Memulihkan dara
  8. Menundukkan musuh @ binatang
  9. Pendinding diri
  10. Menjadikan suara merdu
  11. Mengikat kasih sayang
  12. Menjadi muda
Pantang Pemakai Susuk 
  1. Pisang emas
  2. Memakan buah kundur
  3. Makan makanan bercucuk seperti sate dan sebagainya
  4. Lalu dibawah jemuran kain basah
  5. Memakan labu
  6. Makan buah @ daun kelor
  7. Melihat bulan penuh dengan niat
  8. Melihat cermin dalam tempoh yang tertentu
  9. Menghadiri Majlis Pengebumian
  10. Diketuk dengan senduk
  11. Mengoyak @ memotong daun palas
Hukum memakai susuk adalah haram disisi agama islam. Bertaubatlah anda sebelum pintu taubat ditutup.

Al-Quran mengatakan:
"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)



Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. 
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.
Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.


Untuk rawatan buang susuk sila SMS ke Muallij Zul 0129526986 sejam sebelum datang.
[ ... ]

Rabu, 14 November 2012

Jenis sihir : Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.

Jenis jenis sihir yang biasa kita lihat dan kesannya

1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.

Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

“Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak­ awaknya (untuk dibawanya berja/an-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang rnenghadapi krisis kritikal. Apahila seseorang lain yang datang dengan berkata: ‘Aku telah melakukan begini dan begitu...’ (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata: ‘Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa’. Kernudian apabi/a ada seseorang lain yang berkata: ‘Aku tidak akan /epaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan islerinya’, maka si iblis tadi akan cepat-cepat rnenghampirinya lalu berkata: ‘Ya! Engkaulah orang yang bijak’ “. Hadis riwayat Muslim.

Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaada antara suarni isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..

Kesan sihir

1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.

2. Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba

3. Tiada perasaan timbang rasa.

4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.

5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri. Contoh : suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik jelita. Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.

6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:

“Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka.”
[ ... ]

Selasa, 13 November 2012

Menentang & Membatalkan Sihir

Menentang & Membatalkan Sihir
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

Sihir secara umumnya melibatkan 3 pihak, iaitu penyihir (tukang sihir), mangsa, dan jin. Sihir boleh terjadi dengan pelbagai cara, secara umumnya lebih banyak maksiat atau kesyirikkan yang ditawarkan kepada jin, maka lebih kuat kekuatan atau magnitud sihir tersebut.

Didalam Al-Qur'an terdapat beberapa ayat yang digunakan untuk menentang dan membatalkan sihir mengikut kesesuaian. Antara ayat yang terkenal dan terbukti berkesan menentang dan membatalkan sihir ialah seperti berikut (Surah Yunus ,81)


"Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: ""Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya"". Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan."




Khaifiat amalan.

Ayat diatas, bermula ayat Qola Musa ..... sehingga akhir ayat, diamal sebanyak 21x sehari selepas fardhu maghrib.. Keberkesanan amalan bergantung kepada keizinan Allah s.w.t dan berbeza mengikut seseorang.

Amalkan selama 7hari, 21hari, 40hari, atau 100hari atau 313 hari.

Mudah-mudahan terbatal ilmu sihir tersebut dek kerana keredhaan Allah s.w.t asbab membaca ayat ini. 
[ ... ]

JUMLAH PENGUNJUNG

Free counters!

Jumlah Paparan Halaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...